Friday, February 13, 2009

Panggilan Jihad atau panggilan dakwah?

Salam,
Di Masjid MMU selepas solat Jumaat tadi ramai rakan-rakan melayu Islam yang tertanya-tanya kenapa ada sesetengah rakyat Palestine tidak ikut serta untuk berjihad tetapi pergi keluar berdakwah.Ada juga yang terus melabel mereka sebagai Fatah,lari dari perang dll(yang ni bukan kenalan).Ada juga yang mahu tahu tetapi dibiarkan soalan itu berlalu dalam fikiran mereka.Mungkin mereka malu bertanya sendiri kepada jemaah tersebut.

Untuk mengelakkan fitnah terhadap usaha dakwah yang mengikut sunnah nabi S.A.W dan sahabat R.A,maka dengan berat hatinya saya terpaksa bertanya kepada salah seorang jemaah walaupun saya telah tahu jawapannya.Saya bimbang jika pertanyaan saya megguris perasaan mereka.Kerana bagi saya soalan tersebut bukan sahaja menunjukkan kelemahan iman dan ilmu agama saya.Malah budak kecil juga tahu soalan tersebut menunjukkan saya merendahkan integriti mereka sebagai salah seorang pejuang dari tanah Palestine.

Berikut adalah dialog antara saya dan salah seorang jemaah Palestine dgn pengantara penterjemah,Ismail seorang student Arab MMU yang menguasai bahasa Melayu dengan fasih.

Saya: Sebenarnya berat sekali ingin saya tanya soalan ni tapi terpaksa juga ditanya bagi pihak student2 melayu di MMU.Kenapa Jemaah ini tidak pergi berjihad tetapi mereka berdakwah?

Ismail:Syeikh ni cakap,bukan senang nak pergi berjihad.

Pertama,di sana ada kekangan daripada pihak berkuasa.Seperti di Malaysia sekiranya kamu ingin menyertai 'riot',pihak berkuasa akan cuba sedaya upaya untuk menghalang kamu dari pergi ke tempat tersebut dengan puluhan unit khas,belantan dan juga bom asap.Di Palestine,sekiranya kamu menunjukkan kecenderungan untuk berjihad,maka kamu akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di Israel sebelum sempat kamu membaling batu terhadap kereta kebal zionis.Di sana pihak berkuasa lebih memihak kepada Amerika dan zionis.Di Palestine rakyat dibahagikan dan dtempatkan di kampung-kampung kecil.Mereka akan ditembak sekiranya dilihat keluar 5km radius dari kawasan perkampungan.

Kedua,untuk pergi berjihad,kita perlukan nusrah(bantuan) Allah S.W.T bukan pergi tanpa bekalan iman dan amal.Sudahlah tidak mempunyai apa-apa senjata,malah iman yang sempurna tidak ada.Masakan Allah nak turunkan bantuan.

Sebagai contoh,semasa pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi,beliau hanya membawa tentera-tentera yang tidak meninggalkan qiamulail untuk berjihad merampas kembali Baitulmaqdis.Dikisahkan semasa meronda di khemah-khemah para tentera,beliau mendapati ada 1 khemah yang tidak memasang lampu menandakan tentera di dalamnya sedang tidur.Maka beliau berkata,"Tentera-tentera di dalam khemah inilah yang bakal membawa kekalahan kepada kita semua".Lalu tentera-tentera tersebut diletakkan di barisan paling belakang.

Orang yang berakal pasti dapat berfikir daripada kisah-kisah para pejuang yang banyak diceritakan(Kalau tak tahu sila cari buku-buku terbitan PTS).Masakan kita tidak pernah mendengar kisah tentang panglima-panglima tentera seperti 'Pedang Allah',Khalid bin Al-Walid R.A yang menakluk rom dengan bilangan lebih kurang 10 000 berbanding tentera rom yang mencecah 200 000 orang dengan kelengkapan senjata yang moden,Tariq bin Ziyad dll.Tentang bagaimana mereka menakluk kerajaan Sepanyol dengan bilangan tentera yang sangat sedikit.

Bagaimana mereka menang?Pasti dan pasti mereka menang dengan nusrah(bantuan) dari Allah kerana amalan mereka.Bagaimana mungkin kita menang pada hari ini dengan iman yang tidak sempurna,amalan tidak seberapa dan lagi dengan perpecahan yang melanda rakyat Palestine sedangkan mereka semua bersaudara(Cukuplah kita lihat keadaan yang melanda umat Islam negara kita sahaja).

Jadi Rasyid,kita kena keluar 3 hari setiap bulan untuk tingkatkan keimanan kita,supaya kita bersedia untuk pergi berjihad dengan iman yang sempurna,supaya Allah memberi bantuan kepada kita.Supaya keyakinan kita hanya ada pada Allah S.W.T.

Kesimpulannya.Apa hak kita untuk merendahkan usaha mereka meningkat iman dan untuk menyediakan semua umat Islam dengan iman yang sempurna untuk berjihad?Apakah dan adakah telah banyak pengorbanan kita untuk agama sehingga kita sanggup mempersoalkan mereka?Adakah kita mahu disoal di depan Allah S.W.T dalam keadaan diri kita tidak faham apa sebenarnya agama? Adakah kita mahu mati dgn kefahaman bahawa pelajaran,ekonomi dan kekuatan alatan perang yang menjadi penyebab kejayaan umat Islam?

Sekiranya kita rasa kita sudah faham agama,maka Allah akan hentikan proses tarbiah terhadap kita.Sekiranya kita rasa kita tidak faham agama,berdoalah supaya diberi kefahaman agam.InsyaAllah,Allah akan beri kita kefahaman.

berdoalah setiap hari(spt doa orang2 mukmin).

"Ya tuhan kami,berilah ampun kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami,dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman.Ya Tuhan kami,sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang"

Wallahualam

1 comment:

Adam Kulim said...

erm..setiap org..yg berbagai2 platform ada cara tersendiri utk berjihad atau berdakwah...insya Allah..mana2 jalan pun jika kena dengan niat dan cara akan diterimaNya.. rasyid keluar 3 hari? kirim salam pada karkun2 lain..

Rasa2 ada kot yang akan turun Ijtimak Malaysia bulan Julai ni