Wednesday, February 18, 2009

Sekilas Ijtima' Tongi 2009








Salam,

Tahun ini ijtima' dunia dikenali dengan nama Ijtima' Bishwa,merupakan yang ke-46 diadakan.Ijtima ini pertama kali diselenggarakan pada tahun 1966.Buat yang tidak tahu apa itu ijtima' boleh baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Bishwa_Ijtema.

Jumlah jemaah yang hadir pada tahun ini dianggarkan lebih daripada 3 juta orang, bahkan beberapa media menyebutkan ijtima' ini dihadiri lebih daripada 5 juta orang. Pertemuan ini sering disebut sebagai pertemuan terbesar kaum muslimin sedunia setelah ibadah haji di Mekkah. Panjang satu shaf rakaat shalat saja biasanya lebih dari 1.5 km. Jumlah jemaah yang hadir pada ijtima' ini dapat kita lihat dari gambar-gambar yang diambil oleh berbagai-bagai media di atas.

Lebih dari 10,500 orang jemaah luar negera dari 152 negara di dunia ini hadir dalam ijtima kali ini. Para syura dan penanggungjawab daie dari berbagai-bagai negara hadir dalam ijtima ini. Mereka bermuzakarah & bermusyawarah untuk terus memajukan usaha dakwah ini, termasuk di dalamnya juga membahas berbagai permasalahan yang berlaku di negara masing-masing.

Dari dalam Bangladesh sendiri, hampir semua tokoh-tokoh penting negara tersebut menghadirkan diri bersama-sama dalam ijtima' ini, termasuk diantaranya, Presiden Bangladesh, Iajuddin Ahmed, Perdana Menteri, Sheikh Hasina, malahan ketua pembangkang, Khaleda Zia. Mereka semua hadir hanya sebagai peserta biasa sebagaimana para peserta lainnya.

Untuk membantu mengatur kelancaran ijtima', pemerintah Bangladesh telah mengerahkan seramai 11,000 orang tentera untuk berkawal di sana.Di samping menjaga keamanan dan kelancaran majlis, mereka juga ikut mengikuti majlis ini.

Sebagaimana ijtima-ijtima yang diselenggarakan di tempat lain dunia , setiap ijtima' bertujuan untuk mengeluarkan sebanyak-banyaknya jemaah yang sedia untuk dihantar ke seluruh penjuru dunia.

p/s:
InsyaAllah Ijtima' Dunia di Sepang,Malaysia akan diadakan pada 11-14 July 2009 setelah 20 tahun menunggu.Seperti di Tongi,Jemaah daie dari seluruh dunia akan berada di sini.Semoga umat Islam di Malaysia dapat sama-sama hadir dalam majlis yang mendapat rahmat dari Allah S.W.T, ijtima' kedua terbesar di dunia selepas ibadah haji di Makkah.

1 comment:

Anonymous said...

wah! terkejutnya tengok betapa ramai muslimin berkumpul...
hebat2..
semoga berjalan lancar di sepang nanti