Friday, February 27, 2009

Ringkasan Laporan Jemaah dari Australia



Ijtima' Australia



Lokasi : Masjid Sri Petaling,KL

(Walaupun artikel kali ini agak panjang tapi dengan izin Allah akan bagi kesan pada hati-hati yang membaca dan berfikir.Semoga Allah memandang keihklasan anda untuk membacanya)

Penceramah memulakan laporan selepas memuji Allah dan berselawat kepada Nabi SAW dan membaca 2 potong ayat al Quran.

1. Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi muslim atau kafir. Semata-mata dengan sifat RahimNya, Allah telah jadikan kita seorang muslim. Jadi kita kena bersyukur atas nikmat yang sangat besar ini.

2. Allah telah menghantar kita sebagai umat Muhammad SAW dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.

3. Allah telah ciptakan manusia dengan jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang terbakar rumahnya, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang rugi dalam perniagaannya, boleh bina perniagaan yang lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

4. Allah begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan amal. Diceritakan kisah seorang raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintahkan malaikat untuk mendapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Setelah makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintahkan malaikat untuk menepis cawan tersebut sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut telah melakukan satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.

5. Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya.

6. Dakwah dan iman adalah dua perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika tiada dakwah, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Nuh as telah berdakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudian baginda telah berdoa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walau satu pun orang kafir. Maka Allah telah menghantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah nabi Nuh as dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.

7. Pada kurun ke 18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan, mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan afghan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama-ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak lagi kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.

8. Pada suatu masa jemaah yang bergerak di Australia telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tidak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih di tangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.

9. Satu laporan lagi dari jemaah yang membuat usaha dakwah di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah daripada keturunan Islam. Tetapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan menunjukkan kepada jemaah peninggalan arwah bapanya yang berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’
(*Wakil jemaah Australia yang berceramah telah sebak dan menangis. Juga, kami yang mendengar laporan ).

10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang di sebuah surau yang lain. Beliu ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.

11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah tersebut balik dan beri laporan kepada Hadraji bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tidak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 dan 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang penceramah) telah sedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam. Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.

12. Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telah dikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak-anak yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Penceramah berkata dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.

13. Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat sekiranya suka, dan ditinggalkan sekiranya malas. Ini adalah kerja tanggungjawab kita sebagai umat Nabi SAW walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.

14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kepada manusia. Seluruh manusia sekarang sedang menanti-nanti kedatangan kita sebagai orang Islam kepada mereka (seperti kisah orang tua tadi).

Wednesday, February 25, 2009

Muslimah Harapan Rasulullah S.A.W

Anda beruntung menjadi seorang wanita, apatah lagi wanita "Muslimah", kerana muslimah bererti wanita yang telah dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat mengambil berat terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai dua orang anak perempuan kemudian ia berbuat baik kepada keduanya, akan masuklah ia ke dalam syurga."

Di zaman baginda S.A.W, kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikatakan sangat beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana dikala itu muslimah hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam dengan baik.Berbeza dengan situasi sekarang, ketika kebanyakan wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada di tengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Untuk menjadi muslimah yang disayangi Rasulullah SAW hendaklah diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (faham) terhadap din (agamanya). Sepatutnya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, kerana dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya, kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya dengan mempelajari ilmu daripada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha membaca banyak buku agama lainnya berkenaan aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya.Manakala bagi seorang muslimah yang belum berkeluarga pula seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut merupakan fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, solat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu cara yang betul mendidik anak mengikut sunnah Nabi S.A.W.Dan nantinya anak-anak tersebut akan berbakti kepada agama hasil didikan ibunya. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang berjaya seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai mujahidah amal Islami, perhatian bukan hanya kepada masalah luaran seperti memastikan perlaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi fokus terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak,juga suami. Ia menjadi muslimah yang sentiasa menjadi motivator dan penasihat suaminya, seperti Ummu Sulaiman,bernikah dengan Abu Thalhah r.a dengan mahar syahadat. Ketika Abu Thalhah wafat Rasulullah mensolatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau kerana tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini dilakukan kerana beliau selalu mendapat motivasi dan nasihat daripada Ummu Sulaiman, isterinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu mengambil tahu, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengusahakan keadaan di sekelilingnya supaya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila waktu solat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan solat berjemaah dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'

Semoga apa yang saudara/saudari baca dapat diamalkan dan disampaikan kepada muslimah lain.Wallahualam.


Rasulullah SAW. bersabda, “Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan masuk syurga sebelum orang yang terbaik di kalangan lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suaminya di atas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil. Mereka seperti batu permata yang berkilauan.”(Abu Syaikh)

Sunday, February 22, 2009

Masjid Ilyas,Masjid Markaz London 2012

Ada berita baik buat semua umat Islam,khabar tentang akan berdirinya sebuah Masjid Ilyas (sempena nama pengasas usaha dakwah seluruh dunia,Syeikhul hadith Maulana Muhammad Ilyas Kandhelvi)di Abbey Mills di atas tanah seluas 7.3 hektar berdekatan kompleks stadium Olimpiade di kawasan Stratford, West Ham, London Timur pada 2012. Masjid tersebut lebih popular dengan nama “Markaz London”.

Masjid ini direncanakan mampu menampung 12 ribu orang, bahkan untuk event-event tertentu, misalnya ijtima’ Eropah, masjid ini mampu menampung hingga 70 ribu orang jamaah.


Selain masjid, komplek ini juga akan dilengkapi dengan aula yang dapat digunakan untuk berbagai keperluan, perpustakaan, taman dan sekolah yang mampu menampung 500 siswa.


InsyaAllah masjid ini akan menjadi masjid terbesar di Inggeris, bahkan di Eropah. Masjid ini juga disiapkan untuk menjadi markaz tabligh Eropah, menjadi semacam “hub” untuk jamaah-jamaah yang datang dan transit ke Inggeris atau wilayah Eropah lainnya.


Di masjid lama yang sudah ada di tempat tersebut, jumlah jamaah yang hadir pada setiap malam markaz yang diadakan di setiap malam Jum’at sekitar 3.500 orang.


Di London sendiri, populasi penduduk muslim juga cukup besar. Di kota ini terdapat sekitar 625 ribu muslim daripada sekitar 7.5 juta penduduk, ini bererti setiap 1 dari 12 penduduk London adalah muslim. Statistik lain bahkan menyebutkan bahwa jumlah penduduk muslim di London mencapai 1,3 juta jiwa atau 17 % dari jumlah penduduk London. Di kawasan-kawasan tertentu bahkan jumlah penduduk muslimnya ada yang mencapai 90 %. Jumlah tersebut diyakini akan semakin bertambah di masa-masa yang akan datang.


InsyaAllah, salah satu pendorong meningkatnya jumlah pemeluk Islam ini adalah asbab usaha dakwah yang dijalankan secara terus menerus dan tak kenal lelah, siang malam, 24 jam dalam sehari, 7 hari dalam seminggu, 30 hari dalam sebulan dan 365 dalam setahun.


Dengan asbab usaha ini, jumlah mereka yang beralih keyakinan ke Islam juga terus bertambah dari hari ke hari, banyak di antaranya yang berasal dari kalangan bangsawan dan profesional. Di samping itu, angka kelahiran di kalangan penduduk muslim rata-rata juga lebih tinggi berbanding angka kelahiran di kalangan komuniti lainnya.


Saat ini, London merupakan kota yang mempunyai masjid paling banyak dibanding kota-kota lain di Eropa. Dengan keadaan seperti ini orang sering menyebut London dengan “Londonistan”, untuk menggambarkan betapa London dari hari ke hari semakin bersuasana dan bercitarasa “Islam”.


Dalam sejarahnya, masjid pertama kali didirikan di Inggris sekitar 80 tahun yang lalu. Perkembangan jumlah masjid dari tahun ke tahun cukup luar biasa, saat ini jumlah masjid di seluruh Inggeris mencapai lebih dari 1000 buah, banyak diantaranya bekas gereja Anglikan yang sudah lama tidak digunakan lagi sebagai tempat ibadah.


Mudah-mudahan, suatu saat Allah SWT menghantarkan kita ke Markaz London ini, juga ke markaz-markaz yang lainnya, untuk ikut serta memikirkan bagaimana agama ini dapat tersebar di seluruh alam. Insyaallah


P/S:Marilah umat Islam semua kembali kepada ajaran Islam sebenar mengikut sunnah nabi dan para sahabat.Umat Ini hanya dapat ditarbiah seperti usaha nabi S.A.W dan para sahabat.Teringat pesan abg idzwan satu waktu dulu,Tanpa kita usaha ini tetap akan berkembang ke seluruh alam.Kita sahaja yang akan tertinggal daripada rahmat Allah.

Wednesday, February 18, 2009

Sekilas Ijtima' Tongi 2009








Salam,

Tahun ini ijtima' dunia dikenali dengan nama Ijtima' Bishwa,merupakan yang ke-46 diadakan.Ijtima ini pertama kali diselenggarakan pada tahun 1966.Buat yang tidak tahu apa itu ijtima' boleh baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Bishwa_Ijtema.

Jumlah jemaah yang hadir pada tahun ini dianggarkan lebih daripada 3 juta orang, bahkan beberapa media menyebutkan ijtima' ini dihadiri lebih daripada 5 juta orang. Pertemuan ini sering disebut sebagai pertemuan terbesar kaum muslimin sedunia setelah ibadah haji di Mekkah. Panjang satu shaf rakaat shalat saja biasanya lebih dari 1.5 km. Jumlah jemaah yang hadir pada ijtima' ini dapat kita lihat dari gambar-gambar yang diambil oleh berbagai-bagai media di atas.

Lebih dari 10,500 orang jemaah luar negera dari 152 negara di dunia ini hadir dalam ijtima kali ini. Para syura dan penanggungjawab daie dari berbagai-bagai negara hadir dalam ijtima ini. Mereka bermuzakarah & bermusyawarah untuk terus memajukan usaha dakwah ini, termasuk di dalamnya juga membahas berbagai permasalahan yang berlaku di negara masing-masing.

Dari dalam Bangladesh sendiri, hampir semua tokoh-tokoh penting negara tersebut menghadirkan diri bersama-sama dalam ijtima' ini, termasuk diantaranya, Presiden Bangladesh, Iajuddin Ahmed, Perdana Menteri, Sheikh Hasina, malahan ketua pembangkang, Khaleda Zia. Mereka semua hadir hanya sebagai peserta biasa sebagaimana para peserta lainnya.

Untuk membantu mengatur kelancaran ijtima', pemerintah Bangladesh telah mengerahkan seramai 11,000 orang tentera untuk berkawal di sana.Di samping menjaga keamanan dan kelancaran majlis, mereka juga ikut mengikuti majlis ini.

Sebagaimana ijtima-ijtima yang diselenggarakan di tempat lain dunia , setiap ijtima' bertujuan untuk mengeluarkan sebanyak-banyaknya jemaah yang sedia untuk dihantar ke seluruh penjuru dunia.

p/s:
InsyaAllah Ijtima' Dunia di Sepang,Malaysia akan diadakan pada 11-14 July 2009 setelah 20 tahun menunggu.Seperti di Tongi,Jemaah daie dari seluruh dunia akan berada di sini.Semoga umat Islam di Malaysia dapat sama-sama hadir dalam majlis yang mendapat rahmat dari Allah S.W.T, ijtima' kedua terbesar di dunia selepas ibadah haji di Makkah.

Sunday, February 15, 2009

Report Jemaah Palestine

Report Jemaah Palestine

Salam,
Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan jemaah-jemaah dari Palestine sepanjang berada di Surau BBI.Pagi ini mereka berpindah ke Mahallah En. Fadhli,staff MMU kampus Melaka di Surau Al-Raudhah di Padang Temu.Semoga Allah membalas jasa En Fadhli kerana memberi khidmat transportation kepada jemaah-jemaah untuk ke sana.

Pada malam hari sebelumnya Mr Halim datang berkunjung ke Surau BBI untuk berjumpa sendiri dengan rakan-rakan jemaah yg sama panjang janggutnya(merepek pula).Beliau membawa beberapa keping dinar emas untuk dpromote kepada jemaah-jemaah tersebut supaya dapat memperkenalkannya kepada rakyat-rakyat Palestine.Balasan positif diberikan.Mr Halim,Amir jemaah dan beberapa orang student UTEM menghabiskan malam itu dengar penerangan Mr Halim mengenai keadaan sebenar ekonomi dunia.

Sebelum bertolak ke Masjid Al-Raudhah,jemaah baru yang terdiri lebih daripada 10 orang student Arab MMU dari Yemen,Sudan,Iraq,Mesir,Palestine dan 3 orang student UTEM telah berjaya dibentuk.Mereka diberi taklimat(bayan) hidayat oleh Syeikh Ibrahim.Ismail menjadi penterjemah bahasa Melayu bagi kami.Kelihatan En Fadhli dan bilal Kashfi turut sama menyertai mesyuarat tersebut.

Kami tiba di Masjid Al-Raudhah sejurus masuk waktu solat zohor.Selepas solat jemaah tempatan telah sediakan makan tengahari.Saya berkongsi talam dengan Bilal Kashfi dan salah seorang daripada jemaah Palestine.

Alhamdulillah ukhwah antara kami semakin erat apabila tiba malam hari.Salah seorang student dari Palestine,Hamid membawa makanan ringan untuk kami semua makan sambil berbincang.Banyak soalan-soalan yang dapat kami ajukan kepada jemaah-jemaah ini tentang keadaan sebenar yang berlaku di Palestine.

Niat untuk iktikaf lagi bersama mereka terpaksa dibatalkan kerana seorang rakan dari KL yang bertandang di rumah meminta utk menghantarnya ke Melaka Sentral.Tak mengapa,Allah S.W.T janjikan mereka yang membatalkan niat untuk iktikaf di Masjid untuk membantu saudaranya,pahala 10 tahun ibadah iktikaf,InsyaAllah.

akan dikemaskini..

Perkara yang kita perlu tahu tentang usaha


Di Palestine
  • Di Palestine ramai rakyat Palestine yang telah keluar berdakwah di dalam dan luar negara untuk tarik nusrah Allah S.W.T
  • Terdapat 7 markas dakwah di Palestine.
  • 1 markas di Gazaa telah dibom oleh tentera Zionis tetapi tiada siapa yang terkorban kerana semua baru sahaja keluar berdakwah pada waktu itu.
  • Mereka yang tidak cukup wang untuk keluar negara,keluar berjalan di dalam Palestine dan bermujadaha dengan hanya makan ranting-ranting kayu.Semoga Allah melihat pengorbanan mereka.
Di Israel
  • Di Israel terdapat 3 buah markas dakwah yang bergerak aktif.
  • Pada tahun ini lebih daripada 1500 jemaah berjaya dikeluarkan untuk berdakwah.
  • Wanita Islam di Israel semuanya menutup aurat mengikut sunnah dari kepala sehingga ke kaki.
  • Sehingga kini ramai bangsa yahudi telah memeluk agama Islam di Israel asbab amalan pendakwah yang kuat di sana.Alhamdulillah.

Friday, February 13, 2009

Panggilan Jihad atau panggilan dakwah?

Salam,
Di Masjid MMU selepas solat Jumaat tadi ramai rakan-rakan melayu Islam yang tertanya-tanya kenapa ada sesetengah rakyat Palestine tidak ikut serta untuk berjihad tetapi pergi keluar berdakwah.Ada juga yang terus melabel mereka sebagai Fatah,lari dari perang dll(yang ni bukan kenalan).Ada juga yang mahu tahu tetapi dibiarkan soalan itu berlalu dalam fikiran mereka.Mungkin mereka malu bertanya sendiri kepada jemaah tersebut.

Untuk mengelakkan fitnah terhadap usaha dakwah yang mengikut sunnah nabi S.A.W dan sahabat R.A,maka dengan berat hatinya saya terpaksa bertanya kepada salah seorang jemaah walaupun saya telah tahu jawapannya.Saya bimbang jika pertanyaan saya megguris perasaan mereka.Kerana bagi saya soalan tersebut bukan sahaja menunjukkan kelemahan iman dan ilmu agama saya.Malah budak kecil juga tahu soalan tersebut menunjukkan saya merendahkan integriti mereka sebagai salah seorang pejuang dari tanah Palestine.

Berikut adalah dialog antara saya dan salah seorang jemaah Palestine dgn pengantara penterjemah,Ismail seorang student Arab MMU yang menguasai bahasa Melayu dengan fasih.

Saya: Sebenarnya berat sekali ingin saya tanya soalan ni tapi terpaksa juga ditanya bagi pihak student2 melayu di MMU.Kenapa Jemaah ini tidak pergi berjihad tetapi mereka berdakwah?

Ismail:Syeikh ni cakap,bukan senang nak pergi berjihad.

Pertama,di sana ada kekangan daripada pihak berkuasa.Seperti di Malaysia sekiranya kamu ingin menyertai 'riot',pihak berkuasa akan cuba sedaya upaya untuk menghalang kamu dari pergi ke tempat tersebut dengan puluhan unit khas,belantan dan juga bom asap.Di Palestine,sekiranya kamu menunjukkan kecenderungan untuk berjihad,maka kamu akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di Israel sebelum sempat kamu membaling batu terhadap kereta kebal zionis.Di sana pihak berkuasa lebih memihak kepada Amerika dan zionis.Di Palestine rakyat dibahagikan dan dtempatkan di kampung-kampung kecil.Mereka akan ditembak sekiranya dilihat keluar 5km radius dari kawasan perkampungan.

Kedua,untuk pergi berjihad,kita perlukan nusrah(bantuan) Allah S.W.T bukan pergi tanpa bekalan iman dan amal.Sudahlah tidak mempunyai apa-apa senjata,malah iman yang sempurna tidak ada.Masakan Allah nak turunkan bantuan.

Sebagai contoh,semasa pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi,beliau hanya membawa tentera-tentera yang tidak meninggalkan qiamulail untuk berjihad merampas kembali Baitulmaqdis.Dikisahkan semasa meronda di khemah-khemah para tentera,beliau mendapati ada 1 khemah yang tidak memasang lampu menandakan tentera di dalamnya sedang tidur.Maka beliau berkata,"Tentera-tentera di dalam khemah inilah yang bakal membawa kekalahan kepada kita semua".Lalu tentera-tentera tersebut diletakkan di barisan paling belakang.

Orang yang berakal pasti dapat berfikir daripada kisah-kisah para pejuang yang banyak diceritakan(Kalau tak tahu sila cari buku-buku terbitan PTS).Masakan kita tidak pernah mendengar kisah tentang panglima-panglima tentera seperti 'Pedang Allah',Khalid bin Al-Walid R.A yang menakluk rom dengan bilangan lebih kurang 10 000 berbanding tentera rom yang mencecah 200 000 orang dengan kelengkapan senjata yang moden,Tariq bin Ziyad dll.Tentang bagaimana mereka menakluk kerajaan Sepanyol dengan bilangan tentera yang sangat sedikit.

Bagaimana mereka menang?Pasti dan pasti mereka menang dengan nusrah(bantuan) dari Allah kerana amalan mereka.Bagaimana mungkin kita menang pada hari ini dengan iman yang tidak sempurna,amalan tidak seberapa dan lagi dengan perpecahan yang melanda rakyat Palestine sedangkan mereka semua bersaudara(Cukuplah kita lihat keadaan yang melanda umat Islam negara kita sahaja).

Jadi Rasyid,kita kena keluar 3 hari setiap bulan untuk tingkatkan keimanan kita,supaya kita bersedia untuk pergi berjihad dengan iman yang sempurna,supaya Allah memberi bantuan kepada kita.Supaya keyakinan kita hanya ada pada Allah S.W.T.

Kesimpulannya.Apa hak kita untuk merendahkan usaha mereka meningkat iman dan untuk menyediakan semua umat Islam dengan iman yang sempurna untuk berjihad?Apakah dan adakah telah banyak pengorbanan kita untuk agama sehingga kita sanggup mempersoalkan mereka?Adakah kita mahu disoal di depan Allah S.W.T dalam keadaan diri kita tidak faham apa sebenarnya agama? Adakah kita mahu mati dgn kefahaman bahawa pelajaran,ekonomi dan kekuatan alatan perang yang menjadi penyebab kejayaan umat Islam?

Sekiranya kita rasa kita sudah faham agama,maka Allah akan hentikan proses tarbiah terhadap kita.Sekiranya kita rasa kita tidak faham agama,berdoalah supaya diberi kefahaman agam.InsyaAllah,Allah akan beri kita kefahaman.

berdoalah setiap hari(spt doa orang2 mukmin).

"Ya tuhan kami,berilah ampun kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami,dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman.Ya Tuhan kami,sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang"

Wallahualam

Thursday, February 12, 2009

Apa sebenarnya masalah umat akhir zaman?

Salam,
Pernah tak kita terfikir sebenarnya apa masalah umat akhir zaman.Umat ini telah dihina,direndah-rendahkan dan dicabut kehormatannya dengan rakus dan tanpa belas kasihan sedangkan umat Islam merupakan sebaik2 umat di muka bumi ini.Allah bersama2 dgn kita.Tapi kenapa Allah membiarkan kita dalam kebinasaan?

Telah berbagai2 cara yang digunakan untuk 'mengalahkan' musuh-musuh Islam spt zionis dll.Antara yang diketahui umum adalah dengan memboikot barang2 agent2 zionis dan membuat perhimpunan mengutuk tindakan zalim bangsa2 yahudi,nasrani dll.Kempen ini dah jadi satu tradisi masyarakat Islam,berjalan mengikut musim.Contohnya apabila telah tiba musim penduduk Gaza disembelih,maka dengan serta merta kempen boikot dan perhimpunan berjalan secara besar-besaran.Malah apabila melihat orang lain tidak menyertai boikot tersebut dirasakan seperti mengkhianati Islam!!Tetapi setelah 2 hingga 3 bulan,mereka yang sibuk boikot memboikot senyap bagai tiada apa yang berlaku.KFC yang dipandang hina semasa berkempen kini menjadi juadah yang menyelerakan.wah wah wah

Kata Syeikhul hadith maulana Innamul Hassan dalam bukunya,"Kemunduran Umat dan Penyelesaiannya".Semakin diubati semakin teruk, kerana punca masalah tidak diagnos dengan betul. Penyelesaian yang dibuat tidak menyelesaikan masalah.

Apa masalah sebenar?

Di zaman Rasulullah S.A.W semasa Perang Badar, tentera-tentera islam pergi berjihad fisabilillah dalam keadaan serba kekurangan.Hanya 2 ekor kuda dan 70 ekor unta sahaja kenderaan yang dapat digunakan.Tapi Allah hantar beratus2 malaikat untuk bantu tentera-tentera Islam memerangi golongan kafir Quraisy.

Pada zaman kekhalifahan Umar R.A.Semasa Jemaah Saad bin Abi Waqas R.A mara ke Madai'n ( Parsi ),mereka berjalan di atas permukaan air dengan bantuan Allah.

Allah bantu Sahabat-sahabat RA.Tapi kenapa umat Islam pada hari ini tak dapat bantuan Allah?Kenapa Allah SWT biarkan orang Islam dibunuh di Palestine?

Ulama yang telah bermujahadah dah sediakan jawapan untuk masalah ini..

Inilah musibah yang telah menimpa Umat Islam akhir zaman!Orang Islam dah buat satu dosa yang besar kerana meninggalkan dakwah! Berjuta-juta umat manusia telah mati tanpa Kalimah Lailaa ha Illa llah.Yakinlah di padang Masyhar nant mereka akan tuntut daripada setiap umat Islam yang mempunyai Kalimah tersebut.

Tapi bagaimana kita semua nak dakwah kepada orang-orang kafir sedangkan orang islam sendiri telah rosak amalnya,yakinnya? Sekiranya orang kafir minum arak,maka ramai orang juga islam minum arak. Sekiranya orang kafir berzina dengan seorang pelacur,maka ramai juga orang islam yang berzina dengan pelacur,malah lebih kerap daripada orang-orang kafir.

Jadi kita perlulah dakwah orang Islam kepada kesempurnaan agama. Hari ini agama dah sempurna tapi amal agama belum sempurna dalam diri umat Islam. Yakin Orang Islam kepada Allah,bukan seperti yakin Sahabat-sahabat RA. Orang Islam telah yakin bahawa HARTA,TENTERA dan EKONOMI merupakan asbab kepada kejayaan umat Islam.Sahabat-sahabat RA tidak pernah sama sekali yakin dengan kekuatan tentera,senjata,ekonomi dan kerajaan. Dalam diri mereka hanyalah ada yakin kepada Allah!

Hari ini orang Islam buat dosa yang besar meninggalkan dakwah .

Dalam hati setiap umat Islam hari ini yakin kepada selain Allah S.W.T. Ini syirik kepada Allah ( Dosa / Maksiat yang paling besar adalah syirik kepada Allah)

Bagaimana nak dapat bantuan Allah?

  • Alhamdulillah pada hari ni telah ada jemaah yang dibentuk mirip kepada usaha Nabi S.A.W.Jemaah dibentuk untuk bawa seluruh manusia di dunia untuk dekatkan diri kepada Allah S.W.T,untuk tarik rahmat Allah SWT melalui pengorbanan diri , masa dan harta di jalan Allah SWT.
  • Ulama yang telah berkorban beritahu, setiap orang yang dakwah kepada umat Islam yang jauh dari agama kepada dekat kepada agama lebih baik daripada dakwah kepada 10 orang kafir.Buat pengorbanan agama untuk tarik rahmat Allah SWT, seperti apa yang Abu Bakar RA dan sahabat2 RA telah lakukan.Tinggalkan kesenangan di rumah,kampung halaman dan keluar di Jalan Allah untuk tarik rahmat Allah SWT.

  • Masjid hidup 24 jam dengan amalan dakwah , taklim taklum, ibadat dan khidmat.Masjid2 kita pada hari ini dikunci selepas isyak.Tiada amalan untuk tarik rahmat Allah SWT

  • Apabila 10% umat Islam(lelaki) solat secara berjemaah akan tertariklah rahmat Allah SWT.
  • Apabila 50% umat Islam(lelaki) solat secara berjemaah maka ekonomi, kuasa pemerintahan dan kekuatan tentera akan Allah bagi kepada umat Islam.
  • Apabila lebih daripada 50% umat Islam(elaki) solat secara berjemaah,Allah SWT akan hinakan orang kafir dibawah kaki umat Islam.
Bagaimana mahu berdakwah?

Definisi Dakwah supaya menukar daripada kesempitan kehidupan dunia kepada keluasan kehidupan akhirat yang kekal abadi,daripada kejijikan kekayaan dunia kepada kemuliaan kehidupan akhirat,daripada tipu daya dunia kepada kehidupan sebenar di akhirat.

Semua Nabi-nabi diutus oleh Allah SWT berdakwah. Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh dan semua nabi a.s menyeru atas perkara yang sama sehinggalah Nabi terakhir, NAbi Muhammad SAW. Dan setelah itu tiada nabi yang akan diutus untuk memberi peringatan kepada manusia.Ulama beritahu kerja kenabian iaitu Dakwah terpikul atas bahu semua umat Islam.Umat ini adalah umat Dakwah.Kemuliaan umat ini ada dalam kerja kenabian.Umat ini masuk ke syurga dahulu berbanding umat2 yang terdahulu atas kemuliaan Dakwah.Umat di akhir zaman mempunyai umur yang pendek tidak seperti umat terdahulu yang berumur sehingga seribu tahun tetapi ganjaran kepada umat akhir zaman berganda-ganda berbanding umat terdahulu.

Tertib dakwah:

Perlu bentuk jemaah dan dihantar ke seluruh dunia melalui mesyuarat yang diputuskan oleh amir jemaah yang telah dilantik oleh ahli mesyuarat tempatan.

Jika tidak keluar fisabilillah(di jalan Allah) perlulah hidupkan suasana agama setempat,Hidupkan surau surau dengan amalan masjid Nabawi seperti di zaman nabi SAW(Dakwah,Taklim wa taklum,ibadat dan khidmat)

Buat mesyuarat harian untuk tahu mengikut keperluan agama ditempat setiap muslim. Siapa yang perlu jumpa pada hari ni untuk ajak mereka dekat kepada Allah.

Hari2 perlu bagi masa untuk agama sekurang-kurangnye 2 1/2 jam jumpe manusia dari hati ke hati ketuk pintu setiap rumah orang islam dikampung masing-masing, dakwah mereka kepada kebesaran Allah.

Buat bacaan taklim 1/2 jam di masjid @ surau - Baca fadhail amal atau muntakhab hadith yang ditulis oleh syeikhul hadith.

InsyaAllah kite sama-sama bantu jemaah masjid di kawasan masing-masing, bukan hanya buat komen dan memandang rendah umat yang buat usaha agama.Usaha untuk tarik Rahmat Allah SWT. Usaha untuk menyukakan Allah SWT. USaha untuk raih bantuan Allah S.W.T.Wallahualam.