Thursday, December 10, 2009

Wanita dan Kehormatan Diri



Tabbarruj


Allah S.W.T berfirman; “....dan janganlah kamu bertabbarujj (berhias), seperti tabbarrujj nya orang-orang jahiliyah terdahulu”.

Imam al-Laits berkata bahawa tabbaruj ialah jika wanita tdk menyembunyikan kecantikan wajahnya dan bentuk tubuhnya serta ia beranggapan hal itu baik untuk dipamerkan.

Abu Ubaidah r.a berkata bahawa tabbaruj ialah apabila seorang wanita mempamerkan kecantikan dan bentuk tubuhnya dengan maksud untuk menimbulkan ghairah seksual kepada kaum lelaki.

Wanita-wanita dalam masyarakat Islam hari ini – kecuali hanya sedikit – sudah menyimpang terlalu jauh dari landasan yang benar. Oleh kerana keadaan yang demikian, Nabi s.a.w. bersabda;

“ wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabbaruj bebas tanpa hijab. Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga, kecuali sejumlah burung gagak yang berbulu putih. (sangat sedikit)” (sunan baihaqi)

Justeru jelas bahawa seorang wanita yang mempunyai keperluan untuk meninggalkan rumahnya, maka ia harus menyembunyikan kecantikannya dengan memakai purdah atau jilbab yang menutupi seluruh tubuhnya.

“Allah redha kpd mereka dan mereka pun redha kepadaNya” (al-Bayyinah;8)

“Allah menjanjikan kepada mereka balasan yang lebih baik.” (al-Hadid;10)

Jilbab atau Purdah

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang beriman, Hendaklah mereka menutupkan jilbab mereka ketika keluar rumah. Yang demikian itu lebih memudahkan untuk mengenal mereka dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-ahzab;59)

Ayat ini merupakan dalil yang sangat penting diantara ayat-ayat yang berkenaan dengan hijab kerana dalam ayat tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa menutup wajah adalah termasuk dalam perintah berhijab.

Ayat ini tdk hanya ditujukan kpd isteri-isteri Nabi saw, maka tdk ada sesiapa yang berhak untuk menafikan bahawa ayat ini tdk sesuai apatah lagi tdk releven untuk dilaksanakan oleh semua wanita.

Apakah makna jilbab?

Ringkasnya, jilbab adalh sejenis baju yang longgar yang dapat menutup kepala, wajah, dan dada, bahkan dapat menutup seluruh tubuh.

Ada bnyak tafsir sebenarnya dalam menerangkan erti jibab. Dalam kajian mengenai perkataan ini, Allamah Ibnu Manzhur menyimpulkan;

“Jilbab yang sebenarnya adalah pakaian luar atau selendang panjang yang dipakai wanita sebagai pembungkusan atas pakaiannya yang dapat menutup dirinya dari atas kepala hingga ke hujung jari-jarinya. Pakaian ini menyembunyikan tubuhnya secara sempurna.” (Lisanul Arab jilid I ayat 273)

At-Tabari menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.a:
“Allah memerintahkan wanita-wanita beriman agar menutup wajah mereka dari atas kepala mereka dengan jilbab, dan menampakkan hanya sebelah mata”

Bagaimana Cara Memakai Jilbab?

Ulama-ulama yg pakar dlam al-Quran tdk hanya memberikan kpd kita mengenai perintah berhijab dan menutup wajah bg kaum wanita, tetapi juga mereka menjelaskan cara yang tepat memakai jilbab.

Ibnu Abbas r.a menyebutkan dua cara memakai jilbab:
sehelai kain ditarik dr atas utk menutupi badan kecuali satu mata;
kedua-dua biji mata dibiarkan tdk tertutup;
sebagaimana yang dilaporkan oleh Allamah al Alusi sebagai berikut; “Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzhir menggambarkan cara memakai jilbab menurut Ibnu Abbas r.a dan Qatadah r.a. Sehelai kain dibungkus dari atas menutupi dahi, kemudian satu helai ditarik ditarik menutupi wajah dabawah kedua-dua mata sehingga seluruh wajah dan badan bahagian atas tertutup. Bahagian yang dibiarkan terbuka ialah kedua biji mata.” (Ruhul Ma’ani jilid XXII m/s 89).

Perlu dicatat disini bahawa purdah dewasa ini (yang dipakai oleh sebahagian wanita muslimah) juga berfungsi sebagai jilbab. Hijab sebagai kebiasaan wanita-wanita muslimah sejak zaman permulaan Islam, yang sekarang sedang dihilangkan oleh orang-org yang terpengaruh dengan pemikiran barat. Untuk mencapai maksud mereka ini, mereka menterjemahkan al-Quran dan hadis menurut hawa nafsu mereka sendiri. Dengan demikian mereka menyesatkan diri mereka sendiri dan membawa orang lain kepada kesesatan. Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk kepada kita dan melindungi kita dari kesesatan itu.

Malu dan Kehormatan Diri

Actually, banyak hadis menyebut tentang pentingnya memakai hijab, menutup wajah (bg wanita), dan menutup seluruh tubuh. Memadailah dengan keterangan dr Al-Quran bg mereka yang berniat menegakkan dan melaksanakan hukum hijab. Tetapi bagi mereka yang tdk mempunyai keinginan untuk menegakkan hukum Ilahi, walaupun beribu-ribu ayat Al-Quran dan al-hadis dikumpulkan, tidak akan memotivasi mereka sama sekali.

Syariat Islam yang diturunkan kepada manusia tdk hanya memberi perintah tentang hijab, tetapi juga menjelaskan segala yang berhubungan langsung dengan perintah ini. Oleh kerana itu, orang yang meremehkan larangan-larangan ini berisiko menyebabkan perilaku yang akhirnya menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Dengan kata lain, kita diperintahkan juga untuk menghindari perbuatan2 yang akhirnya menjerumuskan diri kita sendiri ke dalam suasana yang tdk sopan dan penzinaan.

“Dan janganlah kamu mendekati zina”

Sedangkan perbuatan-perbuatan yg mendorong kearah terjadinya sahaja amatlah dilarang, maka bagaimana pula perbuatan zina itu sendiri?

Malu dan memelihara kehormatan seseorang adalah hal yang sangat penting terutama dalam memelihara sifat akhlak satu masyarakat. Inilah sebabnya mengapa malu disebut perhiasan bagi seorang wanita, yang melindunginya dari lembah-lembah dosa dan mencegah lelaki yang berniat jahat dan berfikiran buruk terhadapnya. Sikap malu dijadikan sebagai sebahagian dari fitrahnya yang bertujuan untuk melindunginya dr perbuatan khianat lelaki yang mempunyai niat yang jahat terhadap mereka.

Dari Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda; ” sesungguhnya, malu dan iman adalah dua bersaudara. Jika salah satunya hilang, maka yang lainnya dengan sendirinya akan hilang.” (hadis riwayat Baihaqi. Syu’abul Iman)

Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda bahawa malu adalah bahagian dari iman. (hadis diriwayatkan muslim, jilid I m/s.47)

Dalam hadis lain ,Rasulullah saw bersabda ,’’Malu itu menghasilkan seluruh kebaikan.’’

Rasulullah saw bersabda ,’’Ketika maksiat dijadikan bahagian dari sesuatu ,maka ia menjadi cacat ;dan ketika malu menjadi bahagian sesuatu ,maka ia menjadi cantik .’’(Hadis diriwayatkan Tarmizi Jilid II m/s .122)

Dalam sebuah hadis ,Nabi saw bersabda ,’’Malu dan amanah adalah yang pertama kali akan keluar dari dunia ini .Oleh kerana itu, sentiasalah bermohon kepada Allah .’’(Hadis riwayat baihaqi ,Musnad Firdaus ad Dalami )

Malu merupakan sifat atau karakter istimewa yang dimiliki oleh seorang mukmin .Orang –orang yang jahil terhadap ajaran Rasulullah saw tidak akan mempunyai kerisauan terhadap diri tentang sifat malu dan rasa kehormatan diri .Malu dan keimanan saling bergantung .Maka itu ,keduanya akan kekal atau keduanya akan binasa .Dengan demikian ,Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis :’’Apabila tidak ada perasaan malu ,maka berbuatlah sesuka hatimu.”

TETAPI! Bukan MALU yang tak bertempat!.. masalah kita sekarang ialah malu yang tak bertempat. Misalannya, malu untuk menegakkan hukum Allah. Malu untuk menutup aurat. Malu untuk mengatakan sesuatu kerana Allah Taala. Astaghfirullahalazim..

Waallahualam..

Rujukan: Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah, Dr. Muhammad Ismail

1 comment:

wulan prasetyati said...

subhanallah indah nian penjelasannya. meneguhkan hatiku untuk terus beusaha menjadi wanita solehah..

semoga kebaikanmu dalam menulis tulisan ini di ridhoi ALLAH