Wednesday, September 16, 2009

Ramai remaja Yahudi memeluk Islam



Jabatan Kehakiman Zionis Israel mencatat terdapat 249 kes permintaan pindah agama dan 83 kes berkait dengan agama Islam.

Di dalam laman web Al-Hayat menyatakan bahawa para rabi Yahudi semakin bimbang fenomena ini berlebih lagi ianya melibatkan remaja wanita Yahudi yang semakin ramai memeluk agama Islam. Menurut akhbar IRNA, lamanweb berkenaan menyatakan juga bahawa, seorang Rabi Yahudi berusaha menyembunyikan kebimbangan dan kecemasannya ketika menyatakan remaja wanita Yahudi yang telah memeluk agama lain tetap menjadi orang Yahudi.

Berdasarkan data yang diberikan, antara tahun 2005 hingga 2007, Jabatan Kehakiman Zionis Israel mencatat terdapat 249 kes permintaan mengubah agama dan daripada jumlah berkenaan 83 kes berkait dengan Islam.

Namun tahun lalu jumlah permintaan untuk menukar agama kepada Islam bertambah menjadi 112 kes yang menunjukkan kenaikan 35 peratus kecenderungan untuk memeluk Islam di kalangan remaja wanita Yahudi.


Berdasarkan laporan ini, semakin bertambahnya kes pembunuhan, aksi kekerasan dan rompakan di kalangan orang-orang Yahudi Zionis membuatkan mereka berpaling dari agama Yahudi.

P/S : Kalau fikirkan baik2.Kita pastu tertanya2.Yahudi memeluk Islam?Apakah sebenarnya berlaku di negara Islam Palestin?Allah masih memberi hidayah kepada kafir untuk memeluk Islam tetapi kenapa Allah tak tolong umat Islam?Jawapannya 1 sahaja.Allah s.w.t murka kepada umat Islam kerana meninggalkan hak Allah dan RasulNya,Dakwah Ilallah.

Dakwah
Dakwah adalah tugas dan tanggungjawab seluroh umat Islam. Ianya tidak terpikul khusus untuk ulama malah semua umat Islam perlu melaksanakannya. Umumnya dakwah adalah mengajak ke arah kebaikan dan mencegah daripada setiap kemungkaran. Kegagalan dalam melaksakannya akan menyebabkan memunduran umat. Perlasanaannya akan mengembalikan umat ini kepada “Rahmatan Lil Alamin”

Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu membela agama (membantu) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan atas musoh kamu) dan menegohkan pendirian kamu.” (Muhammad :7)

Firmanya lagi:
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu dan jika dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah ? dan ingatlah kepada Allah lah jua orang yang beriman itu berserah diri”. ( Ali-Imran : 160)

Maka umat ini berlu bangun bertaubat dan beristighfar atas kelalaian dan kesilapan kita serta kembali meyempurnakan Hak Allah dan Hak Rasulnya. kembali balik kepada penghayatan Islam dan kembali kepada tugas mulia umat ini iaitu Kerja Dakwah ilallah.

Firman Allah swt :
”Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuroh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang mungkar (burok dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah”. (Ali_Imran :110)

Ini lah satu-satunya jalan keluar atas umat ini.

Wallahualam.

No comments: