Tuesday, September 15, 2009

Antara Juadah Kita dan Juadah Mereka

[makanan.jpg]

Baru-baru ini sewaktu keluar tiga hari di satu marhalah di dalam kawasan Senawang, terasa amat seronok kerana beberapa karkun yang telah ‘sejuk’ kembali balek meneruskan usaha agama seperti biasa. Selain itu beberapa orang yang sering berada di dalam majlis ilmu yang aku kendalikan juga ikut keluar pertama kali 3 hari. Mungkin juga kerana doa rakan seusaha yang sungguh-sungguh menyebabkan mereka terpilih. Di dalam keseronokan itu ketika menjamu selera berbuka puasa, maka aku terbayang kemewahan di Malaysia bumi bertuah kita.

Apa tidaknya melihat bermata-mata juadah berbuka puasa, antaranya : Ayam Tanduri, Ayam Masak Cili Api, Martabak hampir 70 keping, Roti Bom 20 keping, Agar-agar Cendol 2 tray, Karipap, Pohpia Goreng, Pohpia Basah, Tepung Pelita, Tahu Sumbat, Mee Goreng, Meehon Goreng, Teh Tarik, Teh O, Air Tembikai, bebagai jenis buah-buahan. Ini semua mengingatkan penulis kehidupan mereka-mereka di sesetengah negara yang tidak semewah negara kita sewaktu pengalaman khuruj di Jalan Allah.

Pengalaman Di Pergunungan Pachitan, Jawa, Indonesia

Kami keluar di sini pada tahu 2004 yang lalu. Ianya adalah kawasan pengunungan tinggi sekitar 6,000 kaki dari paras laut. Tempatnya sejuk dan kalau petang hingga ke malam ianya bertambah sejuk. Sesekali di waktu pagi awan putih akan bergerak dan masuk melalui tingkap masjid dan keluar di tingkap sebelah sana. Masjid itu kebetulan berada di tebing lereng gunung. Pemandangan cukup indah dengan sawah-sawah terbentang di lereng-lereng bukit dengan sesekali bunyi air mengalir di antara lurah-lurah di bahagian lereng bawah masjid. Sayup-sayup kedengaran suara anak-anak hilai ketawa mengikuti ‘mbah’ (Nenek) di permatang anak sungai membasuh kain. Di hujong atap, embun menitik serta kabut yang mengurangkan jarak pandangan. Paling seronok ketika ini adalah ‘tidur’. Di dalam kepanasan ‘sleeping bag’ aku berbaring dengan mata terpejam tapi masih tak mahu lelap. Ahli Jemaah yang lain dah ada yang berdengkur. Bunyi dengkuran kekadang menenggelamkan bunyi hilaitawa anak-anak di permatang. Antara lelap dengan tidak tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara orang memberi salam, “Salamualaikum Pak Ustaz ! yoh kita khususi,”sambil hujung kaki aku ditarik sedikit. “Alaikumsalam” jawab aku sambil bingkas bangun tapi dalam hati tuhan yang tahu punya le malas aku nak khususi. “ Kemana kita khususi pagi begini, pak?” tanya aku bersungguh-sungguh tapi kat dalam hati tidur lae sodap kata orang Nogori. “ Ngak jauh pak, hanya di sebelah sana”. Jawab kenalan orang tempatan tu. “Yah siap, ayoh kita” jawab aku sambil mencapai kain serban yang sememangnya aku buat sebagai ridak.

Kami meneruni bukit-bukit kecil serta mendaki beberapa lagi anak-anak bukit. Termengah-mengah aku, namun teman aku orang tempatan selamba je. Sesekali dia jauh meninggalkan aku.”Tunggu aku pak, macet aku,” sambil tercungap-cungap nafas aku memanggil teman aku itu. “Ah! Ngak jauh, hanya di sebalik bukit itu aja,” jelas temanku itu. Bila melihat ke tempat yang ditunjuk oleh temanku itu, dalam hati aku, “ Maak Ooi! Jauhnya”. Begitulah ragam orang Malaysia yang ke sana ke mari semuanya dengan kenderaan masing-masing, bila susah payah begini kekadang tak terdaya kita hadapinya.

Kami sampai di rumah berkenaan kira-kira hampir setengah jam perjalanan. Rumah-rumah di sana antara satu dengan yang lain agak jauh terpisah. Sambil melepaskan nafas, aku melihat sekeliling rumah berkenaan. Ianya terletak di lereng gunung seperti rumah-rumah yang lain. Keliling rumah hampir semuanya dipenuhi dengan pokok ubi kayu selain di bahagian bawahnya sawah berpetak-petak.Hanya satu dua pokok-pokok yang lain yang di tanam mencelah pokok ubi kayu. Bahagian hadapan laman ditanam dengan pokok-pokok kopi dan sedikit pokok timun yang telah pun ada sebiji dua buahnya. Di bahagian atas bumbung terdapat ubi kayu yang dijemur.

Temanku memberi salam lalu kami dijemput masuk. Tuan rumah begitu suka dengan kedatangan kami apalagi bila mendapat tahu orang Malaysia yang datang menjenguk teratak buruknya. Jemaah Malaysia memang tak ada yang sampai hanya dua jemaah iaitu jemaah kami dan satu jemaah sebelumnya namun mereka berusaha di kawasan kampong yang lain.

Rumah yang aku ziarah ini terlalu ‘simple’. Ianya berdindingkan buloh yang dianyam. Lantainya tanah. Tingkap-tingkapnya hanya ditutup di malam hari dengan guni padi yang lusuh. Kami duduk di atas bangku kayu tetapi sebenarnya hanyalah kayu lama yang dibuat sebagai bangku. Mereka menjamu aku dan temanku buah timun yang dipotong-potong kecil serta air kopi kampong yang ditumbuk di belakang rumah. Itulah juadah yang paling menyelerakan rasanya untuk tetamu. Aku menjamah dengan wajah kesukaan namun di dalam hati tersimpan kesedihan yang teramat. Betapa mereka dihimpit kemiskinan dengan makanan yang hanya sekadar menutup kelaparan. Aku bertanyakan apa tujuan ubi kayu yang dijemur di luar. Jawab tuan rumah ianya dibuat nasi. Ubi itu akan di tumbuk dan dimasak sebagai nasi. Itulah makanan harian mereka, hanya sesekali sahaja memakan nasi seperti kita. Padi yang ditanam di lereng bukit dan gunung itu untuk dijual.

Melihat keadaan begini ego dan sombong aku runtuh sehingga tidak sedar air mata mengalir di pipi tanpa disedari. Kita terlalu mewah dengan makanan dengan minuman dan dengan pakaian, kenderaan yang cantik-cantik. Bagi mereka hanya memikirkan persoalan apa yang nak dimakan walau pun hanya dengan nasi ubi kayu.

Pengalaman di Banglore, India.

Tahun 1992 , aku datang ke Banglore dengan jemaah lelaki 4 bulan walaupun 3 tahun sebelumnya aku telah sampai dengan Jemaah Masturat. Ketika aku di masjid sedang melakukan amalan ‘infradi’ selepas solat Insya’ seorang teman orang tempatan mengajak aku untuk keluar khususi. Sebelun ini sudah beberapa kali dia datang mengajak aku namun aku dibawa oleh teman yang lain walau pun ia berkeras untuk membawa aku khususi. Namun kali ini ‘amer sahab’ membenarkan dan jelas tergambar keriangan di wajahnya. Aku pun tak tahu apa sebab yang ia minat sangat nak bawa aku khususi. Kami pergi di satu kawasan menziarahi beberapa orang. Kawasan itu adalah kawasan penempatan orang-orang miskin. Kerja harian mereka membuat rokok Bidi (rokok dari daun yang dibalut). Bila melihat rumah-rumah mereka sudah tergambar kemiskinan hidup mereka. Rumah dari tanah liat, dinding sampai mencecah atap dari tanah liat. Syiling tidak ada manakala bumbungnya dari daun pokok seperti rumbia ditempat kita. Bahagian luar rumah bertampal-tampal tahi lembu yang dikeringkan untuk digunakan sebagai bahan bakar. Bila masuk ke rumah walau pun telah malam namun seisi keluarga masih membuat rokok bidi. Pendapatan harian hanyalah beberapa rupee yang sememangnya tidak mencukupi keperluan hidup. Apa yang mereka makan hanyalah Roti Nan yang agak keras dengan kuah berlaukkan kacang kuda. Itulah makanan mereka yang kadang-kadang tidak mencukupi seisi keluarnga.

Sekali lagi ego dan sombong aku runtuh melihat kemiskinan mereka. Apabila sampai waktu yang sesuai, aku mengajak teman aku pulang ke masjid. Sambil memboceng skuternya ia membawa aku kesatu tempat bukan ke masjid. Bila aku bertanya ke mana nak ditujui. Jawabnya seperti biasa orang-orang India sebut, “ Eak minit bhai sahab ! Eak minit bhai sahab! Mere ghar ko jao.” Jawabnya. Rupanya dia nak ajak aku ke rumahnya. Sesampai aku di rumahnya ia memberi salam pada isterinya dan aku menunggu beberapa minit di luar. Bila semua sudah siap agaknya aku di jemput masuk. Rupanya dia menyediakan aku ikan goreng berempah. Ikan goreng itu aku ratah begitu sahaja sambil dia memerhatikan aku makan. Ikan tu ikan sungai, Banglore adalah satu bandar yang jauh dari laut. Jadi mungkin sebab dia mendapat tahu yang orang Malaysia suka makan ikan maka dia menyediakan ikan goreng tersebut pada aku. Ikan goreng tu aku ratah dengan minuman air kosong. Sebenarnya ikan itu aku tak lalu pun sebab baunya, maklumlah ikan sungai namun aku makan juga beberapa keping. Mungkin inilah sebabnya yang ia beriaria mengajak aku khususi. Wajahnya begitu suka melihat aku makan sambil bersungguh-sungguh menyuruh aku menghabiskan baki ikan yang masih ada. Namun aku faham, ikan itu jangan dihabiskan kerana selepas kita berlalu pergi sisa makanan kita itu akan di habiskan oleh isteri dan anak-anak mereka. Mereka memahami nilai tetamu.

Targhib :

Saudara saudari semua, di dalam kita menjamu selera yang berbagai-bagai ketika berbuka puasa sedarilah kita bahawa ada mereka-mereka di luar sana yang kekurangan makanan. Yang dihimpit kemiskinan berpanjangan. Ingatlah kepada mereka yang kekurangan khususnya asnaf yang lapan di akhir Ramadhon dan awal Syawal nanti. Untuk itu bayarlah fitrah dengan satu perasaan dalaman akan nikmat Allah ke atas kita.

Wallahu’alam


SURAT ULAMA HIJAZ SYEIKH MUHAMMAD IBN ‘ALAWI AL-MALIKI RAH dan SHEIKH ABD AL-FATTAH ABU GHUDDAH KEPADA SYEIKHUL HADITH MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA RAH.


Shaykh al-Sharif Al-Sayyid Muhammad al-Hasan ibn Alawi ibn Abbas ibn Abd al-Aziz al-Maliki al-Hasani al-'Idrisi al-Makki (1944–2004)

http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Alawi_al-Maliki


Shaykh Abu Ghuddah was one of the few best Islamic Scholars known in this era. He is known all over the world from Brunei to North America for his outstanding achievements in Hadith and Islamic Law (Fiqh).

http://www.jamiaabdulfattah.com/english/life.php



Muhammad Zakarīyyā ibn Muhammad Yahyá ibn Muhammad Ismail al-Kandhlawi (February 3 1898 – May 24 1982) He was a nephew of Muhammad Ilyas al-Kandhlawi, the founder of the Tablighi Jamaat. He was also the author of Fadha'il-e 'Amal, which is part of a series of books used by the Tablighi Jamaat for Da'wah

http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Zakariya_al-Kandahlawi

His full name was Muhammad Zakariyya ibn Muhammad Yahya ibn Muhammad Isma’il, and his lineage continues all the way back to Abu Bakr (R.A)

http://www.haqislam.org/shaykh-al-hadith-muhammad-zakariyya-kandhlawi-ra/


Di bawah ini surat tulisan tangan Ulama tersohor dari Hijaz Syeikh Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki rah yang ditujukan kepada Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria rah. Surat ini di tulis selepas beliau menerima senaskah kitab karangan Maulana Khalil Ahmad Saharampuri rah “Bazlul Majhud”, kitab syarah Sunan Abi Daud. Kitab ini tekandung 20 jilid juga telah dicetak oleh al-Maktabah al-Imdadiyyah di Makkah al-Mukkaramah yang telah memasukan catatan tambahan Maulana Zakaria di dalam kitab berkenaan yang sememangnya Maulana seringkali terlibat dengan aktiviti keagamaan di Haramaian.



Terjemahan Surat Berkenaan :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Yang Terulung, Ulama Hadith yang teralim. Yang memiliki turunan yang cemerlang, Yang sentiasa diliputi keberkatan ,Imam, Pendakwah, Tuan saya juga guru saya : Sheikh Maulanan Zakariyya semoga sentiasa dilidungi Allah.

Assalamualaikum wa Rahmatullah

Saya mengucapakan Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga Allah menghasilkan kemakmuran, keberkatan, kegembiraan dan kemesraan. Amin.

Saya mengucapakan berbanyak terima kasih di atas kesudian tuan mengirimkan kepada saya naskah kitab yang terulung, terkenal dan isi serta huraianya yang amat disanjungi, “Bazlul Majhud”, yang mana ianya diperindahkan lagi dengan huraian tuan. Semoga Allah memelihara, menjaga dan sentiasa bersama tuan serta memanjangkan umur tuan di dalam ketaatan dan kecemerlangan di dalam perhambaan diri padaNya. Dan juga semoga IaNya membolehkan kami mengambil menafaat dari tuan. Semoga tuan sentiasa diliputi kemakmuran.

Yang Hina dan disayangi,

Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki
(Khadam Kepada pelajar Umm al-Qura Universiti dan Masjidil Haram)

04/01/1394 H

Rujukan : Fihrist Ta’lifat-e-Shaykh, Volume 1, p. 346 (Saharanpur: Maktabah Yadgar-e-Shaykh, Ramadhan 1417H / Januari 1997 ) oleh Maulana Sayyid Muhammad Shahid Saharanpuri


SURAT DARI SHEIKH ABD AL-FATTAH ABU GHUDDAH KEPADA MAULANA ZAKARIA AL-KANDAHLAWI



Saudara/i Semua,

Maulana Zakaria adalah seorang ulama hadis tersohor. Beliau telah menulis berbagai kitab di dalam bidang hadis dan menjadi rujukan hampir di seluroh dunia. Beliau dikenali sebagai "Syeikhul Hadis" bukan sahaja di "IndoPak" namun juga di Tanah Arab. Penuntut beliau terdiri dari orang 'Ajam dan bukan 'Ajam. Sebahagian besar menjadi ulama terkenal. Atas sebab kepakaran beliau dalam bidang hadis maka beliau menjadi sumber rujukan oleh ulama sezaman dengan beliau di "IndoPak' juga dari Tanah Arab.Beliau juga pernah mengajar hadis di Madinah Al-Munawwarah beberapa tahun sebelum kewafatan beliau.

Surat di atas adalah sebahagian surat-surat yang masih tersimpan yang datang dari Ulama Hadis serta Penyelidk dalam bidang hadis yang terkenal di Tanah Arab iaitu
Syeikh Abd Al-Fattah Abu Ghuddah rah yang mengutuskan surat tulisan tangan beliau sendiri kepada Maulana Zakaria rah setelah menerima satu set kitab Aujaz Al-Masaalik syarah bagi Muwatta' Imam Malek karangan Maulana Zakaria rah.

Kritikan sesetengan saudara kita di Malaysia/Indonesia atas kitab tulisan beliau "Fadhail Amal" dengan mengatakan bersumber dari hadis palsu dan dhaif sepatutnya dibakulsampahkan memandangkan pengikhtirafan ke atas beliau oleh ulama-ulama sezaman denganya.

Nota:
Artikel berkaitan sila lihat "Penerangan ke Atas Kitab Fahdail Al-Amal", "Kitab Rujukan Dalam Fadhail Al Amal","Ulama Besar di Dalam Jemaah Tabligh" dan "Kitab Rujukan Dalam Jemaah Tabligh".

(Ehsan dari: Fihrist Ta’lifat-e-Shaykh, Volume 1, p. 82 (Saharanpur: Maktabah Yadgar-e-Shaykh, Ramadhan 1417 AH / January 1997 CE ed. ) by Mawlana Sayyid Muhammad Shahid Saharanpuri)

Allah menyembunyikan 6 perkara daripada 6 perkara


MARKAZ DAWAH BANGLAWALI MASJID NIZAMUDDIN INDIA



Dari umar rhu, Sesungguhnya Allah S.W.T menyembunyikan 6 perkara di dalam 6 perkara:

1. Allah menyembunyikan redhaNya di dalam suatu ketaatan di antara berbagai ketaatan agar manusia bersungguh-sungguh dalam ketaatan dengan harapan bertemu dengan keredhaan Allah S.W.T


Maka tidak diperbolehkan bagi kita meremehkan suatu perbuatan taat, walaupun sangat kecil, kerana sesungguhnya boleh jadi keredhaan Allah S.W.T ada pada ketaatan kecil itu.


2. Allah menyembunyikan marah-Nya didalam suatu maksiat di antara pelbagai perbuatan maksiat, agar manusia menjauhinya kerana kuatir terjerumus di dalamnya.


Maka seseorang tidak boleh meremehkan maksiat meskipun sangat halus, kerana sesungguhnya ia tidak tahu bahawa kadangkala dalam perbuatan itu terdapat kemarahan Allah S.W.T.


3. Allah menyembunyikan lailatul qadar didalam bulan ramadhan, agar manusia bersungguh-sungguh dalam menghidupkan seluruh bulan ramadhan dengan beribadah. Kerana sesungguhnya ganjaran ibadah sunnah sama seperti ganjaran ibadah fardhu di bulan lain, sebagaimana disebutkan dalam hadits.


Bahkan Syeikh An Nakho’i berpendapat: “ Satu rakaat di bulan ramadhan itu lebih utama dibandingkan seribu rakaat di bulan lainnya dan satu ucapan tasbih di bulan ramadhan itu lebih utama dibandingkan seribu tasbih di bulan lain”


Dan agar mereka bersungguh-sungguh menghidupkan malam-malam bulan ramadhan dengan harapan mereka akan berjumpa lailatul qadar. Kerana malam itu lebih baik dari seribu bulan, iaitu 83 tahun 4 bulan.


Di dalam hadits Imam tabrani, secara marfu’ sampai kepada Rasulullah S.A.W, disebutkan: “ Sesungguhnya orang yang berzina di bulan ramadhan atau meminum minuman keras, maka akan dilaknat oleh Allah dan makhluk yang ada di langit sampai datang bulan ramadhan seterusnya”.


Kerena sesungguhnya orang yang mati sebelum ia menemui bulan ramadhan, maka ia tidak mempunyai kebaikan disisi Allah S.W.T, yang dapat membuatnya takutkan neraka. Kerana itu bertakwalah kepada Allah di bulan ramadhan, kerana sesungguhnya segala amal kebaikan dilipat gandakan di bulan itu, sesuatu yang tidak dapat dilipat gandakan di bulan lainnya, dan begitu juga dengan amal kejahatan.


4. Allah S.W.T menyembunyikan para wali-Nya di tengah-tengah manusia


Supaya mereka tidak meremehkan seorangpun diantara mereka, dan supaya mereka mencari doa dari sebahagian mereka dengan harapan akan berjumpa dengan seorang wali. Maka tidak boleh seseorang meremehkan seorang manusia, kerana sesungguhnya dia tidak tahu, boleh jadi orang itu termasuk wali-wali Allah S.W.T.


5. Allah S.W.T menyembunyikan kematian di dalam umur, maka seharusnya setiap orang hendaklah mempersiapkan kematian setiap waktu dengan berbagai ibadah, kerana kematian boleh datang secara tiba-tiba.


6. Allah S.W.T menyembunyikan solat wushta, iaitu solat yang paling utama di dalam seluruh solat, iaitu solat fardhu 5 waktu,supaya manusia bersungguh-sungguh menunaikan dengan sempurna setiap solat itu.


Dan AllAh S.W.T menyembunyikan namaNya yang agung di dalam semua nama-Nya, agar manusia bersungguh-sungguh di dalam berdoa dengan semua namaNya, dengan harapan mereka dapat menjumpaiNya


Dan Allah S.W.T menyembunyikan saat termakbulnya doa pada hari jumaat, agar manusia bersungguh-sungguh berdoa pada hari itu.


Dan Allah S.W.T menyembunyikan As Sab’ul Matsani (Tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) di dalam sejumlah surat Alquran, agar manusia bersungguh-sungguh di dalam membaca seluruh surah al quran.


(Diambil dari kitab Nashoihul Ibad, Syaikh Nawawi Albantani)

Saturday, September 12, 2009

Seksa kubur

Assalamualaikum,

Pernah x kita bayangkan apa yang akan terjadi pada kita semasa berada di dalam kegelapan kubur?Mungkin video ini dapat memberi sedikit idea tentang keadaan manusia di alam kubur sebelum dikumpulkan di Padang Mashar.1 hari di alam barzakh bersamaan dengan 1000 tahun di dunia.Di kebun neraka atau di kebun syurga kah kita di sana nant?

Semoga bermanfaat..


Laporan Ijtimak Malaysia 2009 part 2

Alhamdulillah.

Ijtima' Malaysia telah berjaya berlangsung beberapa hari yang lepas. Ijtima' kali ini berjaya mengumpul puluhan ribu ummat Islam dari seluruh dunia (di laporkan di dalam sebuah akhbar tempatan bahawa jumlah telah mencecah sehingga 200 ribu orang)

Betapa aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah Ta'ala telah pilih aku untuk dapat menghadiri Ijtima yang julung-julung kali di adakan di Malaysia.

Pertamanya, aku tak berapa pandai nak buat karkuzari (laporan) pasal Ijtima'. Walau bagaimanapun aku akan coretkan sedikit sebanyak yang aku dapat dengar dan harap kita sama-sama dapat amal dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain.

Antara yang aku dapat dengar melalui bayan (ceramah) Maulana;

1. Kisah ashabul Kahfi. Dimana Maulana bagitahu bila kita ada kerisauan dan fikir akan keadaan iman kita, pasti dan pasti bantuan Allah akan bersama-sama dengan kita. Maulana telah membawakan bagaimana pemuda-pemuda Kahfi telah bersembunyi ke dalam gua atas maksud yang sama iaitu menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang di zaman itu zalim dan mengkehendakkan rakyatnya menyembah selain dari Allah Ta'ala. Hanya atas sebab mereka ingin menyelamatkan iman mereka bantuan Allah yang sgt besar telah datang bersama-sama mereka. Allah telah tidurkan mereka beratus tahun. Dengan asbab kerisauan mereka, Allah telah amkan hidayat. Buktinya ketika mereka telah bangun dari tidur yang panjang, zaman itu masyarakat telah pun beriman kepada Allah Ta'ala sepenuhnya. Dan lagi menurut Maulana (kalau tak silap aku mendengar atau lebih kurang) itu baru fikir risau iman atas diri mereka sendiri dan hanya melalui tidur Allah telah amkan hidayat apatah lagi bila kita ada kerisauan tentang iman seluruh ummat (seperti mana fikir risaunya Baginda nabi sallallahu 'alaihi wasallam) dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain, dari pintu ke pintu, hati ke hati (seperti mana yang telah di buat oleh para Sahabat radiallahu 'anhum) pasti dan pasti Allah tidak akan membiarkan kita begitu sahaja dan pasti dan pasti bantuan Allah akan senantiasa bersama kita.

2. Hari ini kita kena perbetulkan kaedah kita menyelesaikan segala masalah kita. Menurut Maulana, hari ini kita kena selesaikan masalah kita melalui amal ibadah. Apa jua masalah yang kita hadapi kena cepat-cepat mencari rahmat Allah (melalui amal ibadah perintahnya terutama solat dua rakaat), dan tempat yang sepatutnya kita pergi bila ada masalah ialah Masjid ataupun surau.

3. Hari ini ummat telah salah faham antara ilmu dan pengetahuan. Segala pengetahuan dunia di katakan bahawa itulah ilmu. Faham seperti ini menurut Maulana adalah sangat salah sama sekali kerana hakikat ilmu itu ialah bagaimana kita kena tahu apa perintah Allah pada setiap waktu dan ketika dan kena ikut cara yang telah di tunjukkan olehRasulullullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

4. Maulana juga telah bagitahu bahawa Ulama' itu adalah pewaris nabi. Maksud waris di sini bukan sekadar ilmu kenabian sahaja tetapi juga mewarisi segala kerja yang telah di buat oleh nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Itulah maksud sebenar Ulama' pewaris nabi terang Maulana lagi.

Antara peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang Ijtima' yang dapat di aku ingat antaranya ialah:

1. (Laporan orang khidmat) Semasa khidmat, tiada kelihatan lalat-lalat menghurungi daging-daging mentah yang belum di masak. Bukan tiada lalat. Ada tapi lalat itu hanya hinggap di buah-buahan sahaja. Itu pun dalam jumlah yang boleh dibilang dengan jari.

2. Masa tidur, walau pun jika di pandang dengan mata kasar memang tidak selesa tetapi Alhamdulillah kerana sesungguhnya keselesan itu bukan dari keadaan tempat tidur tetapi keselesaan itu adalah milik Allah. Seteruk manapun keadaan tempat tidur kalau Allah dah tetapkan kita akan tidur dengan nyenyak dan selesa maka tiada satu kuasa pun dapat menghalang kerana selesa dan nyenyak itu hak milik Allah yang mutlak. Dan masa tidur langsung tak dengar bunyi nyamuk. Malah hujan dan panas pun aku boleh tidur dengan nyenyak.

3. Betullah orang alim bagi tahu bahawa kita perlu senantiasa menjaga niat kita sebelum, ketika dan selepas Ijtima' kerana sepanjang Ijtima' segala urusan yang kalau di fikir memang rumit Alhamdulillah Allah permudahkan. Dan berbagai juga cerita sahabat-sahabat yang lain terdengar tetapi itu tidaklah penting kerana tujuan utama ke Ijtima' bukanlah untuk mencari keselesaan kerana perjuangan itu perlu di lalui dengan jalan yang penuh mujahadah (susah payah) baru terasa kenikmatannya iman.

4. (Laporan karkun) Hujan yang turun di sepanjang Ijtima' jugak sangat luarbiasa. Lebat tapi seketika. Dan paling menyentuh jiwa ialah hujan yang turun sejurus azan Jumaat habis di laungkan. Lebat tapi seketika cuma dan ada sahabat bagitau makcik yang jualan di gerai semasa solat jumaat cerita hujan di tempat lain memang lebat tetapi di kawasan solat tidak pula lebat. Wallahu a'lam.

Apa yang penting selepas Ijtima' ialah kita kena mula sedar tugas kita sebagai ummat terbaik. dan sedar sahaja juga tidak cukup kerana perlu pada tindakan iaitu membuat kerja sebagai ummat terbaik.

Jadi tuan-tuan yang mulia bersiap siagalah setiap masa, waktu dan keadaan untuk menyahut panggilan kerja agama dengan mengorbankan diri, masa dan harta (terutamanya diri aku sendiri).

InsyaAllah azam!


Lagi laporan lain boleh di baca melalui blog-blog di bawah :

Thursday, July 16, 2009

Laporan dan gambar Ijtimak Malaysia 2009 part 1

Assalamualaikum.

Setelah hampir seminggu Ijtimak Malaysia 2009 berakhir,barulah ada kesempatan untuk share laporan dan gambar ijtimak yang mampu dikumpul dari blogger2 yang rajin capture picture masa ijtimak.Memandangkan terlalu banyak gambar jadi saya akan upload laporan di Laporan dan gambar Ijtimak Malaysia 2009 part 2,InsyaAllah.Enjoy the moment~