Thursday, January 15, 2009

Cerita penyesalan

Arakian sebuah cerita...

Ada seorang lelaki bernama Kadiron.Seperti manusia-manusia lain, Kadiron ni sedang dalam perjalanannya menuju ke negeri akhirat.Oleh kerana dia seorang muslim yang alim lagi banyak beramal soleh maka jalan yang dilaluinya sangat cantik dan mudah.tiba-tiba dia terjatuh dalam perjalannya.Tetapi dia ternampak seorang gadis yang sgt cantik hinggakan Kadiron tak sedar bahawa dia baru jatuh.

Lalu si gadis itu membawanya menuju ke negeri akhirat.Tetapi jalan yang dilalui oleh gadis itu sangat buruk, busuk dan beronak dan berduri.akan tetapi Kadiron tetap mengikuti gadis itu walaupun badannya habis calar balar.Namun semua itu tidak dirasai oleh Kadiron kerana lalai dengan keseronokan bersama gadis cantik itu.

Akhirnya mereka pun sampai ke negeri akhirat.Masa itu barulah Kadiron merasai kesakitan akibat terjatuh dalam perjalanannya.Barulah dia sadar badannya calar balar, busuk,dan luka-luka di badannya sudah bernanah.Dia malu untuk menghadap Raja Pemilik Negeri Akhirat itu dalam keadaan sedemikian.

Lalu menangislah Kadiron.oh kalaulah aku tidak tergoda dengan gadis itu.Kalaulah aku tidak ikut jalan yang dibawa gadis itu.nescaya aku tidak sampai ke negeri ini dalam keadaan begini.

sebenarnya cerita ini tak boleh dihabiskan.ke mana destinasi terakhir Kadiron semuanya urusan Allah.Pernah satu orang alim beritahu lebih kurang begini;

"tiada seorang pun yang akan masuk syurga kerana amalannya".lalu sahabat bertanya;"hatta engkau pun ya Rasulallah?"maka Nabi SAW menjawab;"ya hatta aku, melainkan sesiapa yang Allah limpahkan rahmat ke atasnya"

kerana bukan hanya dengan amalan, tapi rahmat Allah juga sangat penting untuk melayakkan seseorang masuk ke syurgaNya.Buat amalan baik beribu-ribu tahun pun kalau Allah kata tak layak masuk syurga tetap tak boleh masuk kan.

Sebab tu kena selalu pohon rahmat dari Allah.Masuk syurga bukan dengan amalan tapi dengan rahmat Allah s.w.t.


Tahu tak kita.Antara azab yang dahsyat di hari akhirat adalah menyesal.

Biasanya orang menyesal hingga menggigit kuku sampai berdarah.Itu pun dah dikira menyesal sangat sangat.Dan paling dahsyat menyesal hinggakan sanggup membunuh diri.Kasihan.Tapi itu baru menyesal di dunia.Belum lagi menyesal yang paling dahsyat iaitu menyesal pada hari akhirat.

Malahan ahli syurga pun menyesal..

Ya, satu cerita yang pernah dibaca dari kitab fadhail amal (dalam bab fadhilat zikir) : seorang penghuni syurga sedang beristirehat dalam syurganya.Tiba-tiba syurganya berubah warna kepada lebih cantik lagi.Ia hairan lalu bertanya kepada malaikat.Apakah gerangan yang membuatkan syurganya berubah wajah?

Jawab malaikat : Oh.Ini adalah kerana satu titik peluh ahli syurga di atas telah jatuh ke syurgamu.

Dahsyat.satu titik peluhnya sahaja telah merubah syurgaku menjadi indah?apakah amalan ahli syurga di atas yang melebihi amalanku?

Jawab malaikat: Dia hanya lebih satu tasbih berbanding kamu.Lalu timbul penyesalan pada ahli syurga tersebut.

Ahli syurga menyesal pada waktu-waktu yang berlalu tanpa zikirullah.oh.terkena tepat pada batang hidung aku..isk isk isk...

kalau ahli syurga pun ada penyesalan, apatah lagi ahli neraka, bagaimana pulak menyesal ahli neraka?

Ni nak kena menangis dulu…

Ahli neraka menyesal hingga menggit jari jemari sampai putus-putus.Ahli neraka menyesal hingga mengoyakkan kulit mukanya sampai ke tulang.Ahli neraka menyesal hingga dipecahkan matanya hingga air mata darah membanjiri mereka.

Jangan hina dengan orang yang menangis kerana takutkan api neraka.neraka maha dahsyat!!!

Memang benar orang Islam masuk syurga akhirnya iaitu orang yang dapat ucap kalimah Lailahaill Allah di akhir kalam.Jika di dunia masa byk dihabiskan utk wang ringgit,anak isteri,kemewahan dunia.Maka di akhir kalam itulah yang akan disebut2.Wang2 ku di bank,rumah2ku,saham2ku,kereta2 ku,isteri mudaku.

Tahu x berapakah kadar kedalaman lubang neraka?

Sekiranya seorang bayi di campakkan ke dalam neraka.Dengan izin Allah, bayi itu membesar tanpa makan dan minum mengikut kadar manusia biasa hinggalah bayi itu membesar sampai menjadi tua bangka.Dan masih belum jatuh ke dasar neraka.

Ada kisah menyatakan walaupun lubang neraka tu dalam, masih ada yang sanggup panjat dan berjaya sampai ke puncak.Tapi apabila hampir keluar di pintu neraka, meraka akan berjumpa dengan malaikat Malik selaku penjaga neraka.Melihat wajah malaikat Malik adalah lebih azab dari api neraka itu sendiri.Lalu mereka terjun kembali ke dalam neraka…

Kemudian, meraka mulai meraung, menjerit dan menangis.“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka.

40 ribu tahun kemudian baru Allah jawab.“ Apa yang kamu mahu?”
“Keluarkanlah kami kedunia walaupun sesaat.Kami ingin berbuat amal kebajikan”.

Allah tak melayan permohonan mahupun rayuan mereka.Maka mereka pun merayu lagi selama 40 ribu tahun.“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”

Allah berfirman : (lebih kurang makhfumnya)
“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya!”

Merekapun menangis sampai keluar darah,kemudian keluar nanah,kemudian keluar biji mata.Mereka mengoyakkan muka mereka kerana menyesal.Mereka gigit lengan mereka.Mereka derita.Mereka mahu mati, mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka.Mereka tidak mahu wujud.Mereka ingin sangat mati tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya.

Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yang amat.maha sakit.mereka merayu dan terus merayu.”Ya Allah selamatkan lah kami dari azab api nerakaMu”

Saya ingin tahu...

Adakah kau mahu menangis di sana?

Adakah kau mahu menyesal di sana?

INGAT!!!penyesalan terbesar dalam hidup di dunia dan di akhirat adalah dimulai dari awal yang salah.